Pas Ibarat “Lembu Kena Sembelih”

lim-hadi



Pas Ibarat ‘lembu yang telah disembelih, jika kepalanya sudah jatuh dari badan, dengan badan-badan, kaki dan ekornya kita buat sup,’ itulah yang boleh digambarkan kepada Pas jika Dap meneruskan hasrat memutuskan hubungan kerjamasama dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang namun mengekalkan kerjasama dengan parti tersebut, ujar Ketua UMNO Bahagian Gerik, Dato’ Hasbullah Othman.
Jelas beliau Pakatan Pembangkang sudah bersatu antara Dap, PKR dan Pas malah selama ini, Dap cuba tunjuk kepada rakyat bahawa mereka boleh mengawal Pas.
Pada masa yang sama tambahnya lagi Pas terpaksa mengenepikan perjuangan mereka untuk bersama dengan Dap kerana mahukan kuasa.
“Mereka boleh berkompromi berbagai-bagai benda demi persepakatan mereka, namun pada hari ini ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud dan telah pun diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dap langsung tidak menyangka bahawa Pas boleh bertindak sedemikian rupa.
“Dap sedar bahawa kekuatan Pas adalah pada ahlinya. Jadi, tindakan Lim Guang Eng memutuskan hubungan kerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebaliknya meneruskan kerjasama dengan Pas tidak sepatutnya berlaku.
“Rakyat kena sedar dengan permainan politik mereka ini, kita dalam UMNO tidak mahu mencampuri konflik parti mereka namun kesal mengapa bila timbul sahaja isu yang tidak memberikan keuntungan kepada pakatan pembangkang khususnya Dap, mereka akan menyalahkan UMNO sebagai punca permasalahan mereka,” ujarnya yang juag Ahli Parlimen Gerik.
Jelas beliau, rakyat seharusnya sedar sejak 57 tahun UMNO menerusi Barisan Nasional mentadbir negara , UMNO menjaga semua kaum tanpa mengabaikan kebajikan kaum-kaum minoriti.
Terdahulu, Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) Dap yang bermesyuarat sebelum ini memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Pembangkang tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan “tidak jujur dan tidak bermaruah” Hadi yang bekerjasama dengan UMNO melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan pembangkang.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment