Permatang Pauh Bukan Kubu Kuat Yang Kebal Untuk PKR – Teng


Kawasan Parlimen Permatang Pauh bukanlah kubu kuat yang kebal untuk PKR, tetapi sekadar kubu yang kuat namun masih boleh ditembusi oleh BN khususnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei ini.
Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, walaupun banyak pihak mengatakan ia merupakan kubu kuat untuk PKR kerana sejak sekian lama Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat termasuk ketika beliau di dalam BN satu ketika dulu, namun jika gerakkerja tersusun dan usaha yang berterusan dari jentera BN Permatang Pauh, kubu kuat PKR ini tidak mustahil untuk ditembusi dan dirobohkan BN pada 7 Mei ini.
“Kawasan ini kita boleh tembusi, kita kena kerja sama-sama, kita kena tunjukkan semangat bersatu-padu dan kita kena bersemangat untuk mencapai kejayaan.
“Dalam perjalanan menuju ke hari penamaan dan pengundian ini, saya nampak kekuatan dan peranan setiap parti dicantumkan. UMNO khususnya Wanita UMNO, sangat kuat dalam gerakan Jalinan Rakyat, jadi kita di kompenan BN yang lain akan turut membantu bagi memastikan kejayaan BN dalam perjuangan kali ini,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Jentera BN Permatang Pauh bersama Timbalan Perdana Menteri, semalam.
Teng yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata semua anggota parti komited untuk bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata, walaupun jentera pilihan raya BN belum dilancarkan, anggotanya di peringkat akar umbi telah mula menjalankan usaha sejak awal tahun ini.
“Kerja-kerja di peringkat akar umbi telah bermula dengan pendaftaran pengundi dan kami akan menetapkan tarikh untuk melancarkan jentera pilihan raya kami selepas mesyuarat minggu ini,” katanya.
Beliau berkata, BN kini memberi tumpuan kepada kempen multimedia baharu untuk menawan hati majoriti pengundi muda.
Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar sedang menjalani huikuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment