Pusat Internet 1Malaysia Pastikan Penduduk Pulau Tioman Terus Berhubung Dengan Dunia Luar


Penduduk Pulau Tioman kini akan dapat menikmati kemudahan jalur lebar dengan terbinanya Pusat INternet 1Malaysia yang dijayakan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Dan Mulmedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pagi tadi di Kampung Tekek, Pulau Tioman yang merupakan pusat ke 8 dibangunkan di daerah Rompin selepas bandar Muadzam Shah, Felda Selancar 5, Felda Keratong 5, Felda Keratong 2, Kg Simpang Sepayang, Kg Pianggu dan Felda Selendang 1.

Ketika berucap merasmikan pusat ini, Datuk Ahmad Shabbery berkata, kerajaan prihatin dengan pembangunan rakyat dan ini merangkumi pembangunan digital dalam kalangan rakyat terutamanya rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Pusat Internet 1Malaysia ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat di kawasan luar bandar.

Kemudahan ini turut akan membantu dalam pertumbuhan ekonomi masyarakat luar bandar, terutamanya perniagaan dalam talian kini bukanlah satu yang asing dalam kehidupan kita dan kini perniagaan dalam talian menjadi pilihan rakyat kerana ianya mudah dan cepat,” ujarnya.

Tambahan pula, Pulau Tioman yang turut menjadi pilihan pelancong dalam dan di luar negara, akan memudahkan lagi promosi aktiviti pelancongan di dalam internet dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke sini, seterusnya meningkatkan pendapatan dan aktiviti ekonomi masyarakat setempat.

“Dalam masa yang sama, jangan pula jadikan internet ini sebagai medium untuk sebarkan maklumat tidak tepat, berunsur fitnah, memburukkan imej seseorang dan menganggu gugat keselamatan orang awam dan juga negara.


Penyebaran berita palsu juga akan mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. Selain itu, terdapat unsur fitnah dan hasutan di dalam berita yang disebarkan yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dan pergaduhan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dalam negara kita,” tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment