Rakyat Sudah Bosan Dengan Politik Kronisme Anwar


BN dilihat mempunyai peluang cerah untuk merampas Permatang Pauh dari PKR selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menjadi calon di parlimen itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, masyarakat di Permatang Pauh sudah bosan dengan ’politik kekeluargaan’ bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya meletakkan kepentingan kuasa mengatasi kebajikan rakyat.

Beliau berkata, skrip yang sama seperti sebelum ini mungkin akan berlaku di mana Wan Azizah akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi memberi laluan kepada suaminya sekiranya keluar daripada penjara.

“Dipilih sebagai Ahli Parlimen adalah amanah rakyat, dengan senang dan tanpa sebab Wan Azizah menghampakan harapan pengundi. Pengundi di Permatang Pauh telah sedar daripada kesilapan mereka sebelum ini dan tidak akan mengulanginya,” katanya, hari ini.

Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh pada 1999 hingga 2008 sebelum bertindak mengosongkannya bagi memberi laluan kepada Anwar selepas beliau dibebaskan daripada penjara pada 2004
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment