Kaji Semula Rang Undang-Undang LPHJ


Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan agar rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dikaji semula dan dipinda supaya selaras dengan enakmen lain yang berkuat kuasa di negeri itu.
Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang LPHJ yang diluluskan pada persidangan yang lalu.
“Ini kerana ia telah dipinda mengikut desakan orang luar, yang cetek akal yang tidak faham mengenai kuasa raja di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Baginda bertitah sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, maka ia tidak selaras dengan beberapa enakmen yang telah diguna pakai sebelum ini tanpa ada masalah, seperti Enakmen Perbadanan Johor 1968.
Pada 9 Jun tahun lepas, DUN meluluskan Enakmen LPHJ, yang bertujuan untuk menjadi panduan pembangunan sektor perumahan dan hartanah di negeri ini.


Selanjutnya baca di sini: 

Sultan Ibrahim Titah Rang Undang-Undang LPHJ Dikaji Semula

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment