PRK Permatang Pauh: Calon BN Mengundi Pada Awal Pagi


Calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara yang awal keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh di sini hari ini.
Suhaimi, 44, bersama ibunya Che Jan Ahmad, 70, mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu pada 8.10 pagi.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Suhaimi berkata situasi hari ini sangat berbeza kerana beliau mengundi sebagai calon berbanding sebelum ini sebagai pengundi biasa.
“Berbeza sikit kali ini, sebab saya mengundi diri sendiri. Saya memohon restu daripada semua untuk memberi peluang kepada saya melakar sejarah baharu di Permatang Pauh,” katanya.
Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada 8.40 pagi.
Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi.
Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi diadakan Ahad lepas.
11204480_1132406750118405_6735741159489119483_nSebanyak 25 pusat mengundi dengan 130 saluran dibuka mulai 8 pagi bagi membolehkan 71,252 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.
Cuaca pagi ini adalah cerah dengan Jabatan Meteorologi Pulau Pinang meramalkan cuaca dijangka cerah pada sebelah petang.
“Secara keseluruhannya cuaca pada hari pengundian dijangka baik. Ketepatan sesuatu ramalan cuaca adalah 80 peratus,” menurut jurucakap jabatan itu.
Memandangkan hari ini merupakan hari cuti peristiwa buat Pulau Pinang, dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK ini.
PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Dr Wan Azizah, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang
menjalani hukuman penjara lima tahun.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment