Berpolitik Sepanjang Masa Merugikan Rakyat - Jamawi


Ahli UMNO khususnya dari sayap Pemuda diminta tidak berpolitik sepanjang masa dan menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat dan akar umbi yang memerlukan pembelaan, ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar dalam ucapan perasmian persidangan tahunan Pemuda UMNO Bahagian Seremban hari ini.

"Cukup-cukup sudah berpolitik, jagalah kebajikan ahli parti,mereka perlu pembelaan, marilah kita turun ke bawah bantu anak-anak muda yang memerlukan bantuan," ujarnya yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau sedia menjadi 'jambatan penghubung' antara rakyat dan juga kerajaan bagi memudahkan segala aduan rakyat dapat disampaikan kepada agensi yang berkaitan.

Jamawi juga menyentuh tentang krisis keyakinan rakyat yang melanda sekarang terhadap pimpinan negara dan juga parti. Menurutnya adalah tanggungjawab ahli parti memberi penerangan kepada rakyat tetapi ahli-ahli parti perlulah diberikan maklumat yang betul agar segala persoalan yang timbul dapat dijawab dengan tepat.

Beliau turut menyeru kepada semua ahli terutamanya dikalangan Pemuda UMNO untuk mempertahankan institusi Presiden dan setia kepada pemimpin. 

"Kita perlu memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti khususnya kepada Presiden untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul, usahlah kita mengadu domba yang akan menimbulkan perpecahan yang akhirnya akan merugikan kita dan juga rakyat, turunlah padang dan jaringkanlah gol" mengakhiri ucapan beliau.


Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment