Serang Najib Taktik Pembangkang Lemahkan Parti - Maulizan


Ketua UMNO bahagaian Tebrau , Datuk Hj Maulizan Bujang menggesa mana-mana pihak terutama ahli parti agar tidak terus melatah dengan pelbagai bahan tohmahan serta cerita yang dilontarkan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah beliau turut percaya segala serangan dan pelbagai bentuk tohmahan daripada pihak pembangkang tidak lain adalah semata-mata untuk melihat UMNO terus lemah dan tidak kuat dalam usaha mendapat keyakinan serta kepercayaan daripada rakyat.
“Ahli parti khususnya tidak perlulah melatah dan terikut-ikut dengan rentak mereka kerana apa yang penting adalah keutuhan dan kekuatan parti terus dipertahakan untuk kepentingan rakyat.
“Kita jangan masuk di dalam perangkap dan jerangkap yang sedang dipasang apatah lagi melatah dengan pelbagai serangan dan pelbagai bahan tohmahan terhadap Datuk Seri Najib.
“Jadi marilah kita sama-sama-sama rapatkan saf dan mempertahankan institusi presiden dan juga parti itu sendiri kerana dalam apa jua keadaan parti adalah yang paling diutamakan,” ujarnya kepada UMNO-Johor baru-baru ini.

Layari website UMNO-Johor untuk baca berita sepenuhnya. 
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment