Adakah DEIG benar-benar belum beroperasi?


SHAH ALAM, 24 Ogos- Benarkah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) benar-benar belum beroperasi seperti yang di dakwa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, itu persoalan yang dilontarkan Setiausaha Adun Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi terhadap syarikat pengurusan risiko ini.

“Persoalan yang seterusnya ialah Datuk Menteri Besar mengatakan dengan jelas dan terang bahawa DEIG masih ‘belum beroperasi’ dan ‘hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016’.  Isunya di sini adakah benar syarikat ini sememangnya belum beroperasi?,” soalnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang dalam sidang media di sini hari ini.

Susulan daripada itu, beliau menjemput Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua untuk sama-sama merungkai persoalan ini.

Ujarnya, kedua-dua mereka terkenal dengan pendedahan-pendedahan berkaitan dengan tadbir urus kerajaan tetapi sehingga saat ini tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka terhadap isu DEIG.

“Mereka selalu benar bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian. Percakapan berdolak-dalik dan tidak menjawab persoalan sebenar, akan semakin membimbangkan kita,” katanya.

Mengulas lanjut penubuhan DEIG itu, Budiman menjelaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) mendedahkan perlantikan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi MBI/DEIG (COO) yang tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka.


“Adakah CEO dan COO ini mempunyai track record terbaik seperti yang diwar-warkan oleh Dato' Menteri Besar?,” soalnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment