Bekas Pemimpin UMNO Jangan Sekongkol Burukkan Kepimpinan Negara


MARAN-- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Haron hari ini menggesa bekas pemimpin UMNO agar tidak bersekongkol dengan pihak tertentu dalam memburukkan kepimpinan negara. 

Idris berkata tindakan itu seolah-olah menunjukkan pemimpin berkenaan mengikut apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan termasuk pembangkang, sedangkan mereka tidak mengetahui perkara sebenar yang sedang berlaku.  

"Mereka tidak boleh terikut-ikut cara pengamal media sosial yang sengaja berbuat demikian untuk kepentingan politik dan mencapai matlamat peribadi," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran, di sini.  

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Maran yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. 

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka turut mengingatkan anggota UMNO menolak dakyah menerusi media sosial yang sesetengahnya memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan kerajaan tanpa asas yang kukuh. 

"Pengamal media sosial tidak usah menjadi hakim...buat tuduhan kepada pemimpin sebelum mereka didapati bersalah di mahkamah atau pihak berkuasa. 

"Tuduhan melulu boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap politik, ekonomi dan budaya negara," katanya. 

Sementara itu, Ismail berkata UMNO Bahagian Maran menyatakan ikrar dan sokongan penuh kepada perdana menteri dan timbalannya, menerusi Warkah Ikrar Setia yang ditandatangani 600 perwakilan UMNO bahagian kepada Idris untuk disampaikan kepada Najib. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment