Bersatu-Hati, Elakkan Tindakan Rugikan Parti – Nazir


KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Pemimpin dan ahli-ahli UMNO di semua peringkat digesa bersatu hati dan menjauhkan diri dari bertindak kepada tindakan-tindakan atau kenyataan yang boleh merugikan parti dan kerajaan terutamanya di laman-laman media sosial.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, ini kerana terlalu banyak permasalahan yang diwujudkan bermula di media sosial sejak kebelakangan ini walaupun maklumat atau berita yang disebarkan belum disahkan kebenarannya.
“Tanggungjawab sebagai ahli parti dan Pemuda UMNO yang bakal mewarisi parti keramat UMNO adalah untuk memastikan parti ini terus diperkukuhkan dan bijak untuk menilai berita atau maklumat yang diterima sebelum ianya disebar luaskan melalui media sosial.
“Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa berharap tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyerang sesama ahli dan pemimpin parti perlu dihentikan segera. Percaya atau tidak, UMNO lemah bukan kerana pembangkang yang hebat tetapi adalah disebabkan daripada perpecahan dikalangan ahli parti sendiri,” ujarnya yang juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia.
Dalam masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa sebulat suara menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO.
“Pemuda UMNO Titiwangsa memberikan sepenuh kepercayaan dan yakin kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul sebaiknya bagi mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.
“Pada masa yang sama, seluruh ahli UMNO khususnya ahli-ahli Pemuda untuk terus menghormati Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO dan Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal selaku Naib Presiden UMNO,” tambahnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment