Datuk Zahid Digesa Dedah Segera Dalang Gerakan Guling Kerajaan


SEGAMAT, 20 Ogos - Pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi Ahli Parlimen Kerajaan Barisan Nasional baru-baru ini satu perkara yang sangat serius dan perlu ditangani dengan segera.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien bin Onn mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera mendedahkan gerakan ini termasuk menyenaraikan nama ahli parlimen khususnya dari BN yang terlibat dalam komplot tersebut.

“Pendedahan ini penting bertujuan untuk membolehkan kami menjauhkan diri daripada mereka supaya tidak terpengaruh dengan anasir membelot kerajaan.

Tindakan  undang-undang selaras dengan peruntukan sedia ada juga perlu diambil kepada mereka inibagi menjaga kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia.

Selain itu pendedahan juga perlu bagi mengelak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memainkan isu ini dan terus mengelirukan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.  

Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO Segamat turut menyelar tindakan tidak beretika dan tidak bertanggungjawab menyebar nama berserta gambar dua puluh orang Ahli Parlimen BN yang didakwa menjadi dalang di alam maya baru-baru.

Ia semakin mengeruhkan keadaan sehingga Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menafikan dakwaan ahlinya terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan dan menjelaskan kesemua ahlinya memberi sokongan kepada kerajaan dan parti memerintah.

“Sehubungan dengan itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Malaysia (MCMC) perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebarkan dakwaan komplot itu kerana ia jelas menjatuhkan reputasi Ahli Parlimen yang tidak bersalah.


Justeru itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segamat berpendapat bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan mendedahkan dalang gerakan untuk mengguling kerajaan secepat mungkin,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment