DEIG: 'Lebih 70 syarikat bawah Kerajaan Selangor berisiko' - Sohaimi


KUALA LUMPUR: Lebih 70 anak syarikat di bawah Kerajaan Selangor berhadapan risiko berikutan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri kini perlu memberi penjelasan dan menjawab persoalan rakyat terhadap penubuhan syarikat kontroversi itu.

Beliau mendakwa, ketiadaan urus tadbir tersusun di dalam DEIG merupakan muslihat Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk mengawal kewangan kerajaan negeri.

"Kalau tidak kita bendung, kalau tidak dikawal dan dipantau semua syarikat di bawah Kerajaan Negeri termasuk UNISEL, Yayasan Selangor akan masuk 'parking' di dalam syarikat dua ringgit.

"Ini kroni Azmin Ali, dua orang yang dilantik menjadi pengarah adalah atas kepercayaan menteri besar, kita kena tahu tentang isu ini," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Pada Selasa lepas, beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

Bagaimanapun, Azmin menjelaskan DEIG, yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI, ditubuhkan pada Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment