Hasrat Pembangkang Himpit Johor Tidak Pelik Dan Bukan Perkara Baru


JOHOR – Hasrat pembangkang untuk terus menghimpit Johor sebagai sasaran mereka bukan satu perkara baru kerana sebelum ini pun perkara yang sama pernah diwar-warkan.
Justeru Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali yakin hasrat berkenaan sekadar hasrat kerana kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah yang efektif dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.
“Mereka dengan hasrat mereka namun kerajaan negeri tetap dengan tanggungjawab terhadap rakyat. Pelbagai perancangan dan pelaksanaan mendapat ‘feedback’ yang positif daripada pelbagai peringkat.
“Sebab itu kita yakin, kerajaan negeri di bawah teraju Barisan Nasional (BN) terus mendapat kepercayaan. Yang penting kita tetap dengan perancangan terbaik untuk rakyat Johor,” katanya.
Dalam pada itu beliau yang juga Ketua UMNO Ayer Hitam turut melihat ahli UMNO bukan sahaja perlu berpegang teguh kepada solidariti malah perlu fokus ke depan dalam usaha mengukuhkan lagi parti.
“Dengan langkah tersebut apa jua yang mendatang dan apa jua yang menunggu sudah pasti akan dapat diatasi dengan jayanya. Hari ini kita perlu fokus ke depan dan jangan sesekali lagi toleh ke belakang kerana apa yang penting adalah gerak kerja kita serta permuafakatan di dalam parti .
“Tidak ada gunanya menoleh ke belakang…pihak lawan sentiasa memerhatikan kita malah mereka sentiasa menunggu ruang untuk masuk dengan pelbagai perangkap dan sebagainya.
“Sebab itulah apa yang penting jangan sesekali mudah terperangkap dengan perkara sedemikian rupa. Kata kuncinya sudah pasti berbalik kepada solidariti…tumpuan dan hala tuju kita adalah sama.
“Fokus kita juga sudah tentu sama. Jadi berpegang eratlah kepada kata kunci berkenaan kerana apa jua perangkap dan apa jua yang timbul tidak mampu menggugat parti
“Marilah kita sama-sama kekalkan muafakat dan elakkan daripada terperangkap dengan mainan politik yang boleh menjejaskan parti. Fokus ke depan bersama misi parti,“ ujarnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment