Hishammuddin Beri Jaminan Terus Sokong Usaha UMNO Johor Dalam Kukuhkan Parti



KLUANG, 8 Ogos  -- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi jaminan untuk terus menyokong usaha dan agenda UMNO Johor dalam mengukuhkan parti berkenaan.

Naib Presiden UMNO itu berkata beliau mendengar secara mendalam harapan yang disandarkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam meneruskan perjuangan parti itu.

"Kepimpinan Mohamed Khaled sentiasa konsisten, tertib, tegas, ikhlas dan sentiasa berusaha untuk membangunkan parti serta negeri Johor," kata beliau.

Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong yang disempurnakan Mohamed Khaled.

Menteri Pertahanan itu berkata, beliau terharu kerana harapan yang ikhlas datangnya dari pemimpin tertinggi Johor selain usaha terbabit juga merupakan amanah yang dipikulnya sebagai pemimpin parti tersebut.

Hishammuddin menegaskan sebagai anak jati Johor, beliau juga berharap Mohamed Khaled akan terus membantu kepemimpinan parti sekali gus mengukuhkan parti itu di peringkat negeri.

Mengulas mengenai siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Hishammuddin meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terbabit sehingga selesai.

"Pendirian saya jelas kita mahukan kebenaran, siapa yang seleweng tidak akan dikecualikan daripada tindakan mahkamah dan kita berharap orang ramai memberi ruang kepada pihak bertanggungjawab untuk mencari keadilan kerana kita tidak mahu mana-mana pihak tidak berdosa menjadi mangsa," kata beliau.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment