Jangan Jadi Pakar Ekonomi Mee Segera, Sebar Kenyataan Tidak Sahih – Sohaimi


KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menasihati pihak tertentu agar  jangan menjadi  pakar ekonomi mee segera dengan menyebarkan fakta-fakta yang tidak sahih berkenaan ekonomi, khususnya dalam isu penurunan matawang ringgit yang boleh menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat di negara ini.

Menurut beliau, penurunan ringgit sebenarnya bukanlah berpunca daripada situasi politik di negara ini bahkan penurunan matawang ini turut dirasai oleh negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia akibat daripada pengukuhan USD dan juga diakibatkan oleh penurunan ketara harga pasaran komoditi dunia.
“Kita boleh lihat bagaimana matawang-matawang negara lain turut terjejas dalam pengukuhan USD. Pandangan bahawa Rezab Persekutuan AS akan meningkatkan kadar faedah pada suku ketiga tahun ini juga telah menyumbang kepada pengeluaran keluar pelabur dari pasaran tempatan. Keadaan ini juga dialami oleh negara-negara jiran selain malaysia.
“Sebagai contoh, matawang negara China, Yuan juga mengalami kejatuhan paling terbesar dalam dua dekad ini berikutan pengukuhan USD. Turut menerima nasib yang sama ialah matawang Jepun, Yen turut terjejas apabila berada di paras terendah dalam tempoh dua bulan ini.
“Anggapan bahawa Rezab Persekutuan AS akan mengambil tindakan menaikkan kadar faedah secara tidak langsung telah menyebabkan matawang dibeberapa buah negara, termasuk Malaysia jatuh berbanding USD.
“Selain itu antara faktor penyumbang kepada penurunan matawang kita adalah kerana penurunan nilai eksport kerana harga komoditi eksport utama negara, iaitu petroleum, minyak sawit dan juga getah yang lebih rendah,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Katanya lagi, rakyat tidak perlu bimbang dengan penurunan ringgit kerana ianya bukan hanya melibatkan negara sahaja, tetapi penurunan matawang ini turut melibatkan negara-negara lain termasuk Britain, negara-negara Eropah dan lain-lain lagi.
“Sebagai contoh, kenyataan Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered, Steve Brice rakyat Malaysia hanya sepatutnya bimbang sekiranya kadar inflasi meningkat namun sehingga hari ini, kadar inflasi negara hanya berada di tahap dua hingga tiga peratus sahaja.
“Bagaimanapun perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz di mana penurunan ringgit dan matawang lain di dunia akibat pengukuhan USD ini hanya bersifat sementara dan akan pulih semula,” tegasnya.
Justeru itu, beliau meminta agar rakyat khususnya pihak-pihak yang sengaja mahu  menyebarkan fakta tidak benar untuk memburukkan lagi keadaan agar berhenti daripada menyebarkan cerita kononnya keadaan ekonomi negara kritikal berikutan penurunan matawang.
“Apa yang penting, segala fakta yang info yang kita dapati melalui media sosial perlu kita siasat dan teliti kesahihannya terlebih dulu. Jangan telan bulat-bulat kerana bimbang ianya hanyalah satu perbuatan provokasi untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan, khususnya berhubung isu ekonomi negara,”jelasnya. 

Sumber: UMNO-Online
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment