Kepentingan Orang Melayu Di Pulau Pinang Mesti Dibela – Razali


MUAR, 17 Ogos – Kerajaan DAP Pulau Pinang diingatkan agar mengambil kira kepentingan orang Melayu dalam merencanakan pembangunan komersial agar tidak dianggap meminggirkan mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata masalah yang didakwa berlaku di Balik Pulau perlu dijadikan pengajaran kepada orang Melayu di negeri itu sekiranya tidak lagi mempunyai kuasa politik.
“Satu penyelesaian segera perlu dilakukan supaya nasib, hak dan kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang dapat dibela serta maruah mereka tidak terus diinjak-injak.
“Hari ini keadaan semakin meruncing apabila pembangunan di Pulau Pinang tidak ambil kira kemampuan orang Melayu dalam memiliki pembangunan yang disedia. Kedudukan orang Melayu semakin terancam di negeri itu,” katanya selepas meninjau perkembangan pembinaan Bangunan UMNO Muar di sini, semalam
Razali berkata demikian mengulas laporan khas sebuah akhbar semalam yang mendedahkan kampung Melayu di Balik Pulau akan dibangunkan dengan projek perumahan mewah diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang sedangkan majorit penduduknya orang Melayu miskin dan berpendapatan rendah.
Balik Pulau merupakan penempatan Melayu terbaharu yang dikatakan menjadi korban pembangunan di negeri itu sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduknya berhubung nasib kampung mereka pada masa depan yang berkemungkinan ditukar kepada perumahan mewah.
“Namun kita masih ada ruang dan peluang (membaiki keadaan). Apa yang berlaku di Pulau Pinang merupakan kesan dan bukti apabila UMNO tidak lagi berkuasa,” kata Razali yang juga anggota Parlimen Muar.
Beliau berkata semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang, pembangunan rancak dilakukan tetapi kebajikan orang Melayu diutamakan malah tidak pernah dipinggirkan selain terus dibela dan dipertahan.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata ketika ini adalah masa paling sesuai bagi kepimpinan negeri berkenaan yang sedang bersidang mencari jalan dengan setiap bahagian meluluskan usul yang boleh dibawa ke peringkat atasan untuk tindakan lanjut.
Sementara itu,, beliau berkata bangunan UMNO itu sudah hampir 90 peratus siap dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO pada pertengahan bulan depan.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar berkata bangunan tersebut yang dibina dengan kos kira-kira RM5.2 juta sudah pun siap di bahagian strukturnya dan kini melibatkan proses pendawaian dan dekorasi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment