MT Joaquim Ditemui Semula Tanpa Kargo -APMM



PUTRAJAYA, 9 Ogos -- Kapal MT Joaquim dengan muatan 3,500 metrik tan minyak mentah 'marine gas oil' bernilai kira-kira RM2.8 juta yang dilaporkan hilang malam Sabtu ketika dalam pelayaran ke Langkawi dari Tanjung Pinang, Indonesia, ditemui semula di kedudukan 14 batu nautika timur Pulau Rupat, Indonesia hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata kapal tangki itu dan 10 anak kapalnya telah dilepaskan sekumpulan perompak pada 8.55 pagi namun kargonya didapati hilang.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata APMM menerima laporan mengenai kehilangan kapal berkenaan daripada ejen kapal pada pukul 9.30 malam dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat lima minit kemudian.

MT Joaquim yang didaftarkan di Singapura dilapor berada di pelabuhan terakhir di Tanjong Pinang, perairan Indonesia pada pukul 11 malam semalam dan sepatutnya tiba di Langkawi pada pukul 3 pagi hari ini.

Ahmad Puzi berkata berdasarkan 'noon report' yang dihantar kapal berkenaan kepada ejennya, kapal tersebut dilaporkan berada di lokasi terakhir di kedudukan kira-kira 21.9 batu nautika barat Port Dickson pada 1.50 tengah hari semalam. 


Berita selanjutnya akan menyusul
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment