Nafi Terlibat Guling Kerajaan – Noraini


BATU PAHAT– Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad menafikan beliau terlibat dalam sebarang usaha atau komplot untuk menggulingkan kerajaan seperti yang tersebar dalam media sosial.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong berkata, penyebaran maklumat dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang turut mengaitkan namanya bersama 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain itu adalah fitnah.
Noraini mendakwa, tindakan tersebut bertujuan melaga-lagakan pemimpin dan ahli parti selain hanya mahu menimbulkan perpecahan dalam kalangan mereka serta masyarakat.
“Saya menafikan sekeras-keras­nya tuduhan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam komplot yang ada niat menjatuhkan kredibiliti dan nama baik saya selaku Ahli Parlimen BN,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Noraini didakwa sebagai salah seorang daripada 20 pemimpin BN yang dikaitkan dengan komplot menggulingkan kerajaan seperti dalam senarai yang tersebar meluas melalui aplikasi WhatsApp hari ini.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mempunyai bukti tentang komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen BN. 

Sumber: UMNO-Johor
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment