Pemuda UMNO Johor Pelik Sikap Ketua Pemuda MCA - Hahasrin


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini melahirkan rasa kesal terhadap YB Senator Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang seharusnya lebih peka kepada helah dan sikap pembangkang yang menangguk di air keruh ke atas kerajaan dengan penganjuran Bersih 4.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, Pemuda UMNO Johor juga pelik apabila YB Senator Ketua Pemuda MCA yang merupakan anggota kerajaan mengikhtiraf Bersih 4 dengan membenarkan ahli Pemuda MCA untuk menyertainya sedangkan Bersih 4 bertujuan menjatuhkan kerajaan BN sedia ada.

Tindakan ini juga semakin mengelirukan apabila kenyataan YB Senator Ketua Pemuda MCA selaku Timbalan Menteri bercanggah dengan YB Menteri Pengajian Tinggi dalam isu ini

“Beliau seharusnya faham bahawa penganjuran Bersih 4 kali ini lebih kepada cuba mensabotaj Sambutan Kemerdekaan ke 58 dan beliau sepatutnya lebih patriotik dalam hal ini

Pemuda UMNO Johor sentiasa mendokong kerajaan BN sedia ada dan tidak bersetuju dengan cara Bersih 4 yang lebih kepada membawa negara ke arah ketidak stabilan yang serius. Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Johor mendesak kepimpinan MCA mengambil tindakan sewajarnya dengan segera,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO Johor juga mendesak Pengerusi BN, YAB Perdana Menteri untuk mengambil tindakan keatas YB Senator Ketua Pemuda MCA atas tindakan beliau yang tidak wajar ini


“Pemuda UMNO Johor juga mendesak Pemuda MCA untuk lebih bergerak aktif dalam menarik sokongan rakyat kepada BN melalui program yang memperjuangkan kebajikan ahli mereka dan rakyat khususnya bangsa Cina di negara ini dan bukan talam dua muka dengan bersetuju kepada ideologi pembangkang,” tambahnya yang juga Pengerusi Pemuda BN Negeri Johor.

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment