Perhimpunan 808 Berlangsung Aman

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Kira-kira 200 orang termasuk peguam dan aktivis media mengikuti 'Perhimpunan 808' di sekitar Pasar Seni di sini, hari ini, yang antara lain dianjur bagi membantah penggantungan akhbar The Edge. 


Para peserta mula berkumpul di hadapan pekarangan Pasar Seni kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum bergerak beramai-ramai membawa sepanduk 'Media bukan musuh' dan 'Journalism is not a crime' ke Dataran Lebuh Pasar di hadapan bangunan Majlis Peguam Malaysia. 



Perhimpunan selama sejam setengah itu bagaimanapun berjalan tenang dan dikawal pasukan polis. 



Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan. 



Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai berkaitan laporannya tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment