Situasi Banjir Di Sabah Dipantau- Najib


KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri Sabah yang berkenaan akan memantau keadaan hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan seperti Kota Belud dan Beaufort di Sabah. 

Dalam catatan terbaharu di laman Facebook dan Twitter beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penduduk yang terjejas juga akan dibantu.

"Bagi kawasan Kota Belud dan lain yang terjejas, semua harta benda awam termasuk sekolah dan jalan perhubungan akan dibaiki oleh kementerian yang bertanggungjawab sekiranya mengalami kerosakan manakala penduduk yang perlu dipindah semula akan dibantu secepat mungkin," katanya.

Hujan lebat berterusan sejak Isnin lepas, menyebabkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Kadamaian di Kota Belud awal pagi semalam, dan menyebabkan penduduk di Kampung Malangkap Baru di daerah itu terputus hubungan.

Pada Januari lepas, daerah Beaufort, Membakut, Tenom, Sipitang dan Papar terjejas teruk akibat banjir yang turut memusnahkan beberapa rumah, sekolah dan hasil pertanian.

Beaufort merupakan antara daerah yang sering dilanda banjir setiap kali berlaku hujan berterusan. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment