UMNO Johor Sambut Baik Penubuhan JKNMPP


JOHOR BAHRU, 16 Ogos - "Saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri baru-baru ini bagi Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan merangka pelan komprehensif dan inklusif bagi pembiayaan politik", ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ujarnya, jawatankuasa ini dijangka akan melakukan proses perundingan serta mendapatkan maklum balas di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak dalam usaha Kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap tadbir urus dan sumber kewangan parti-parti politik yang terdapat dalam negara.‎
"Pertamanya, saya berharap dengan penubuhan jawatankuasa ini akan membawa kita ke arah ketelusan (transparency) dan keterbukaan dalam berpolitik yang seharusnya menjadi asas bagi sesebuah negara yang demokratik.‎
‎‎
Keduanya, penubuhan jawatankuasa ini juga dilihat sebagai suatu isyarat jelas mengenai kematangan amalan demokrasi di Malaysia. Kematangan politik ini pula lahir daripada kesediaan UMNO untuk melakukan suatu anjakan baharu politik negara dan ianya bukan lagi sebuah retorik politik semata-mata.‎‎
Dan yang ketiga, ‎saya berharap agar melalui peranan yang akan dimainkan oleh jawatankuasa ini merupakan langkah untuk mengimbangi dan mengawal pengaruh serta kuasa luar daripada mencampuri hal ehwal politik dan urusan pentadbiran negara, ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Lanjutan daripada penubuhan jawatankuasa ini, saya amat berharap agar ianya akan mengambil kira semua aspek penting bagi mengembalikan keyakinan khalayak terhadap aspek tadbir urus parti-parti politik dalam negara dan menyeru semua pihak termasuklah parti pembangkang untuk menyambut baik inisiatif yang telah diumumkan ini.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment