UMNO Perlis Bebas Jemput Siapa Sahaja Rasmikan Mesyuarat


KANGAR, 7 Ogos -- UMNO bahagian di Perlis diberi kebebasan untuk menjemput sesiapa sahaja bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"UMNO Perlis bersikap terbuka dalam soal ini kerana semuanya dalam satu keluarga," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyerahkan mesin gergaji kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Perlis dan mesin pemotong rumput kepada Pusat Koreksional Perlis di sini, semalam. 
Beliau berkata kesemua tiga bahagian iaitu Kangar, Arau dan Padang besar tidak akan dilarang daripada menjemput mana-mana tokoh dalam UMNO.
Shahidan berkata anggota-anggota UMNO perlu mengambil sikap sederhana dan mengawal emosi mereka kerana terdapat pihak luar yang berusaha mempengaruhi mereka berikutan situasi politik masa kini. 
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment