WSJ: Najib Mahu Nasihat Lebih Lanjut Dari Pakar Perundangan


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguamnya supaya mendapatkan pandangan kedua dalam kalangan pakar perundangan dalam dan luar negara sebelum memutuskan tindakan terhadap Dow Jones, iaitu penerbit akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguamnya Datuk Mohamad Hafarizam Harun berkata beliau diberitahu untuk segera mendapatkan pandangan kedua tersebut dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam.
"Susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang (RM2.6 bilion dilaporkan telah dimasukkan ke dalam akaun Najib) bukan dari 1MDB dan surat WSJ bertarikh 23 Julai yang jelas mengelak pendirian berhubung artikel pada 2 dan 6 Julai lepas, anak guam saya telah mengarahkan saya untuk mendapatkan pandangan kedua dari segi undang-undang sama ada di dalam atau luar negara," katanya kepada pemberita di luar bilik mahkamah di sini hari ini.

Katanya beliau melihat kepada pandangan pakar undang-undang luar negara mungkin dalam kalangan Peguam Diraja di United Kingdom atau peguam bereputasi di Amerika Syarikat.
Menurutnya, anak guamnnya mempunyai tempoh enam tahun untuk memfailkan kes sivil terhadap The WSJ Malaysia tetapi juga melihatkan tindakan guaman lain yang sewajarnya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

Mengenai bidang kuasa berhubung saman itu, Mohamad Hafarizam berkata iamungkin difailkan di sini atau di New York.
"Kita mempunyai kes di mana bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew memfailkan sama terhadap WSJ di Singapura pada 1998 dan Tan Sri Mokhzani Mahathir memfailkan saman terhadap The WSJ di sini pada lewat 1990-an," katanya.

Pada 8 Julai lepas, firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menghantar surat kepada Dow Jones untuk meminta pendirian berhubung dua artikel tersebut yang mendakwa kononnya wang sejumlah RM2.6 bilion daripada dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Pada 23 Julai lepas, WSJ dalam surat balasannya, menyatakan mereka tidak perlu memperjelaskan pendirian mereka berhubung dua artikel tersebut.

Isnin lepas, SPRM berkata RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib adalah daripada penderma dan bukan dana 1MDB.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment