Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor Bakal Beroperasi Tahun Depan


JOHOR BAHARU, 8 Ogos  -- Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, yang ditubuhkan bagi membantu pesakit kurang berkemampuan membiayai kos perubatan penyakit itu, bakal beroperasi mulai tahun depan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang bermula Isnin ini, akan dijadikan platform bagi mengumpul dana yayasan itu di setiap daerah yang dilalui.

"Alhamdulillah, sehingga kini kita berjaya mengumpul dana lebih RM20 juta," titah baginda pada majlis pra pelancaran KMJ 2015 di perkarangan Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah yayasan ini bukan mengutamakan rawatan fizikal semata-mata tetapi lebih kepada rawatan psikologi dan rehabilitasi.

Baginda bertitah supaya pihak yang terlibat dengan yayasan itu supaya menerangkan kepada masyarakat negeri ini tentang syarat dan jenis bantuan yang akan diberi.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata program tahunan yang berlangsung 10 Ogos sehingga 13 Ogos itu, bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor.

"Perjalanan KMJ tahun ini akan menyaksikan Sultan Ibrahim melalui laluan-laluan kampung menggunakan motosikal berkuasa tinggi manakala bagi kawasan yang jarang penduduk, baginda akan naik bas dengan jarak keseluruhan kembara sebanyak 858 kilometer," kata beliau.

Menurut Ismail, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya memperbanyakkan aktiviti sukan tradisional agar generasi muda mengetahui kewujudan sukan tersebut memandangkan ada sebahagian daripadanya tidak lagi dimainkan.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment