Anak Johor Diminta Bantu Beri Pandangan Penyediaan Bajet Johor2016 - Khaled


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaed Nordin kini sedang fokus mengumpulkan pelbagai perkara untuk tujuan penyediaan Bajet Negeri Johor bagi tahun 2016 yang dijangka akan dibentangkan pada Khamis, 19hb November 2015, bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Johor yang akan datang.

Ujarnya, banyak aspek dan pertimbangan diambil kira untuk dimasukkan dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk Bajet Johor 2016. 

“Sudah tentu, hal-hal berkaitan keperluan rakyat akan terus menjadi tumpuan dan keutamaan untuk dimasukkan dalam perancangan termasuklah soal kesejahteraan hidup rakyat, ekonomi, pembangunan luar bandar, pemerkasaan wanita, penghakupayaan golongan belia dan orang muda, soal pendidikan dan kemahiran, warisan dan budaya, serta aspek perpaduan kaum.

Untuk itu, saya ingin menyeru kepada semua rakyat Johor untuk membantu saya memberikan pandangan dan buah fikiran anda semua dalam penyediaan Bajet Johor 2016 ini. Anda boleh melakukannya melalui laman Facebook saya iaitu www.facebook.com/MohamedKhaledNordin atau Twitter @khalednordin dengan #bajetjohor2016 ,” ujarnya.


Adalah menjadi hasrat dan tanggung jawabnya untuk memastikan setiap apa yang dirancang dan yang akhirnya akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor benar-benar menepati kehendak dan selari dengan pengharapan rakyat.

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment