Antara TMJ, JDT & Perumahan Mampu Tengok Di JB


Bab bolasepak, mungkin aku merupakan penyokong TMJ & JDT .... jelas sokongan aku namun dalam beberapa soal lain, contohnya kenyataan atau artikel TMJ dalam Sinar Harian bertajuk .....  "SIFAT KENEGERIAN TMJ DEMI RAKYAT JOHOR" .... aku mungkin kurang bersetuju .... Mengapa?

Artikel Sinar Harian boleh baca di sini.

Tgk sahaja pembangunan yang berlaku di sekeliling Johor atau lebih tepat sekali kat Johor Bahru sekarang nie, banyak betul pembangunan perumahan mewah yang hakikatnya projek #PerumahanMampuTengok ..... 

Siapa pemajunya? Adakah orang Johor? Adakah wujud semangat kenegerian dalam soal pemaju perumahan tersebut?

Kita ikhlaslah wahai #AnakJohor, adakah kita benar2 bersetuju melihat pembangunan di sekitar kita yang dimajukan oleh syarikat2 seperti Country Garden, RF Properties Ltd & Greenland Holding Group .... 


Jadi, ke mana arah anak bangsa Melayu di kemudian hari? Adakah semua yang memenuhi Stadium Larkin pada setiap perlawanan melibatkan JDT ini sudah mempunyai RUMAH di negeri Johor ataupun setidaknya, dapat diskaun untuk beli rumah yang dimajukan oleh pihak Country Garden.

Jangan sampai 'itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan'. 
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment