NOKIA & UMNO


Korang pernah tak pakai mana-mana HP Nokia dalam pic-pic nie.... mesti pernahkan.

Hebatkan Nokia satu ketika dulu, jadi pujaan dan minat orang setiap mana. Mana-mana pergi mesti NOKIA. Tapi sekarang?

Nokia telah menjadi syarikat yang dihormati. Mereka tidak berbuat apa-apa yang salah dalam perniagaan mereka, bagaimanapun, dunia berubah terlalu cepat. Lawan mereka terlalu kuat.

Mereka terlepas pembelajaran, mereka terlepas trend semasa, dan dengan itu mereka kehilangan peluang yang ada untuk menjadi LEBIH BESAR & LEBIH KUAT. Bukan sahaja mereka terlepas peluang untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak, malah kehilangan peluang mereka untuk terus hidup.

Apa mesej sebenarnya? Jika anda tidak berubah, kamu akan dikeluarkan daripada pertandingan.

Apa yang nak aku sampaikan ialah ...... apa yang terjadi pada NOKIA boleh juga terjadi kepada parti keramat UMNO pada hari ini .....

Kita tidak boleh melepaskan peluang untuk menjadi lebih besar dan lebih kuat kepada pada UMNOlah terletaknya HARAPAN untuk memastikan bahawa agama, bangsa & Negara terus diperkasa & diperkukuhkan di dalam Negara kita.


Kita kena cepat belajar, faham trend semasa & jangan lepaskan peluang untuk menjadi PAYUNG kepada rakyat Malaysia untuk berteduh dari panas mentari mahupun titisan air hujan. 
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment