Teks Penuh Kenyataan Najib Pada Debat Umum Sesi Ke-70 Perhimpunan Agung PBB



KUALA LUMPUR, 2 Okt -- Berikut teks penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada debat umum sesi ke-70 Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis (1 Okt).

Tuan Presiden,

1. Tahniah atas pelantikan tuan sebagai Presiden sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu. Pengalaman dan kebijaksanaan tuan amat berharga untuk membimbing kami.

2. Tema sesi ini – 'Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 70: Jalan Ke Arah Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia' – tepat pada masanya. Ini kerana kita perlu segera mencari pendekatan baharu, mengatasi jurang politik dan mendahulukan rakyat, dalam era yang cara lama terbukti tidak memadai untuk berdepan dengan cabaran masa kini.

3. Kita terdiri daripada negara-negara dunia. Tetapi konflik dan ancaman baharu yang membahayakan keamanan dan keselamatan kita tidak mengenal sempadan. Pelaku bukan negara, seperti kumpulan yang dikenali sebagai Negara Islam, mengancam untuk memusnahkan kedaulatan negara-negara.

4. Mereka tidak membataskan tindakan kejam mereka dalam kawasan sempadan rasmi. Pakar menggunakan media sosial untuk merekrut pengikut di negara-negara yang jauh, mereka menggoda mereka dengan janji-janji palsu, memujuk ramai anak muda bahawa tindakan ganas mereka itu akan lebih mendekatkan mereka dengan Tuhan.

5. Ia amat menjelekkan, dan ia tidak lebih daripada satu penghinaan terhadap Islam - agama yang mementingkan keamanan, kesederhanaan dan keadilan. Tetapi kumpulan ekstremis ini tidak dapat dikalahkan semata-mata menerusi kaedah ketenteraan tradisional.

Tuan Presiden,

Baca seterusnya di sini
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment