ADUN Duyong Dap Isytihar ADUN Bebas… Kemelut Dap Makin Parah


Kemelut DAP hari ini bukan sesuatu yang disembunyikan lagi, bukan sahaja di peringkat Pusat, malah di negeri yang diterajui DAP di Pulau Pinang dan kini, isu bekas Ketua Pembangkang DUN Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San yang kini diistiharkan sebagai ADUN Bebas membuktikan DAP mula berkocak di Melaka.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Imanuddin Tan Sri Aziz berkata, konflik dalaman DAP Melaka bukan lagi perkara baru kerana sebelum ini juga ia telah menyebabkan wujudnya dua kem dalam kalangan kepimpinan DAP negeri, di mana satu kem dikatakan diwakili Leong San, Tong Him dan Adun Bachang, Lim Jak Wong.

Sementara satu lagi kem yang diwakili ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun Kota Laksamana, Lai Kuen Ban dikatakan lebih cenderung kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Dalam masa yang sama, tindakan Leong San yang banyak bersetuju dan menyokong tindakan serta pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron banyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan anggota DAP termasuk Lim Guan Eng sendiri.

Inilah hakikatnya pentadbiran dan perjuangan carca-marba di kalangan pemimpin DAP secara keseluruhannya, yang kononnya dilihat sebuar parti yang telus, berintegriti dan parti yang lantang dalam soal kebebasan bersuara, namun sebenarnya sebuah parti haprak yang menyekat suara ahlinya sendiri,” ujarnya mengulas pengumuman Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad bahawa Goh Leong San dari DAP kini merupakan Adun Bebas di Dewan Undangan Negeri.

Memang integrity DAP kini hangat dipersoalkan ketika ini termasuk  isu skandal rumah mewah yang dibeli oleh Guan Eng menjadi pertikaian serta beberapa masalah dalam pentadbiran DAP di beberapa buah negeri termasuk di Kedah, Pahang dan Johor.

“Apa yang penting kini, pemimpin dan ahli UMNO hari ini harus bekerja kuat, khususnya di negeri Melaka di bawah pentadbiran Datuk Idris Haron yang sering menjadikan agenda pembelaan masyarakat sebagai keutamaannya.

Kita jangan leka di sebalik kerapuhan dan keretakan yang berlaku dalam DAP, mereka kuat bersandiwara, hebat berlakon di pentas politik untuk menarik sokongan rakyat dalam membenci UMNO dan BN dengan fitnah dan persepsi negative yang dilemparkan sedangkan hakikatnya mereka lebih teruk dari fitnah yang dibuatnya terhadap parti dan pemimpin UMNO,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Goh Leong San dari DAP kini merupakan Adun Bebas, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Perkara ini dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad. Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini disandang Goh kini diambil alih oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment