Kemelut Dap Melaka Angkara Amalan Kuku Besi Guan Eng


Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali menyifatkan kemelut yang melanda Dap negeri Melaka bukanlah satu perkara yang memeranjat kerana sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, bibit-bibit perpecahan dan keretakan di antara mereka sudah jelas kelihatan.
“Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Datuk Wira Othman Muhammad, dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka Ke-13, di Seri Negeri baru-baru ini bahawa Ketua Pembangkang yang asalnya dari Dap, Goh Leong San, ADUN Duyong diisytihar sebagai wakil Bebas, berkuat kuasa serta merta.
“Ianya bukan satu rahsia lagi dalam politik di Melaka, bahawa Leong San bukanlah dari ‘Kem Lim Guan Eng’ dan tindakan Dap yang bertindak menggantung keahlian selama setahun terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan Pengerusi Dap Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San, kononnya kerana kedua-dua pemimpin tersebut berulangkali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi Dap membuktikan spekulasi sebelum ini bahawa Dap Melaka sememangnya berpecah kepada dua kumpulan,” ujarnya.
Beliau yang juga ADUN Lendu seterusnya berkata Dap Melaka terbabit dengan kemelut dalaman sejak sebelum pilihan raya umum lalu apabila beberapa pemimpin yang sepatutnya tidak bertanding sebagai calon Dap, tetap mendapat tempat sebagai calon mengantikan pemimpin-pemimpin yang telah direncanakan sebagai layak bertanding.
“Bermula dari situlah nampak perpecahan di kalangan pemimpin Dap sehinggakan dalam sidang DUN sekalipun, mereka seakan-akan tidak boleh duduk semeja. Walaupun tidurnya sebantal tetapi mimpi lain-lain, itulah perumpamaan yang boleh ditujukan kepada dua kem bertelagah dalam Dap Melaka ini.
“Sehubungan dengan itu, kita sebagai ahli UMNO harus menjadikan tauladan atas kemelut yang berlaku dalam Dap ini, maksudnya kita janganlah berbalah dan bertelagah sesama kita, kerana akhirnya yang rugi adalah parti UMNO itu sendiri,” tambahnya.
Rakyat juga kata beliau lagi seharusnya membuka mata menilai siapa Dap yang sebenarnya, yang kononnya tampil sebagai parti yang telus dan terbuka, namun sebaliknya merupakan parti yang mengamalkan pentadbiran ‘kuku besi’ acuan Lim Guan Eng.
“Jadi, ahli UMNO harus kembali kepada asas perjuangan kita, jadikan cogankata Bersatu-Bersetia dan Berkhidmat sebagai haluan perjuangan demi memastikan UMNO dan BN terus mendapat tempat di hati rakyat, seterusnya kembali kukuh menjelang PRU14 yang akan datang,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment