Pemuda UMNO Kutuk Keganasan Di Lahore


Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengecam dan mengutuk insiden pengeboman di Bandaraya Lahore  yang telah mengorbankan lebih daripada 65 orang dan mencederakan lebih daripada 300 orang pada hari sambutan Easter.

Pengerusinya, Dato Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, tindakan yang mensasarkan penganut agama Kristian ini adalah salah dan amat tidak bertanggung-jawab .

“Kami amat memandang serius dan bimbang dengan perkembangan semasa terhadap tindakan terrorisma di beberapa negara sejak kebelakangan ini.

Secara konsisten, kami mengecam segala bentuk tindakan dan perbuatan terrorisma dan extremisma yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di seluruh dunia,” ujarnya yang juga Presiden Aman Malaysia
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment