Politik Persepsi Cabaran Politik Hari Ini

Cabaran dunia politik masa kini adalah bagaimana mahu menguruskan politik persepi yang dilihat masa kini bakal menentukan untung nasib ahli politik di atas landasan demokrasi sesebuah Negara.

Politik persepsi ini perlu ditangani segera kerana jika tidak di tangani dengan betul dan tangkas, ia bakal menjadi sesuatu yang amat merbahaya kepada Negara.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Md Jais Sarday menyifatkan cabaran politik masa kini adalah bagaimana kita sebagai jentera parti mahu menguruskan kepelbagaian persepi yang wujud dalam pemikiran rakyat. Sekarang ini orang sudah pandai serba serba terutama dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

“Perkara yang tidak benarpun bila diulang berulangkali orang jadi percaya. Jadi macamana nak menguruskan perkara ini. Sebab itu saya mencadangkan supaya di mana kita ini satu parti yang cukup tersusun dari segi struktur baik dari peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan, perlu menggerakkan jentera sebaik mungkin bagi mengatasi dan memahamkan rakyat.


Baca seterusnya di sini 
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment