Rakyat Harus Sedar Kerakusan Dap Dalam Mempertikai Agenda Islam Dalam Negara – Nazir


Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin hari ini menzahirkan kekecewaannya dengan sikap pemimpin-pemimpin Dap yang berterusan mempertikaikan setiap agenda yang dibawa oleh pemimpin Islam di negara ini terutama dalam usaha memertabatkan agama Islam.
Terbaru, pelbagai usaha telah mereka lakukan bagi menggagalkan pembentangan Rang Undang Undang 355 (RUU 355) oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengemukakan usul persendirian di bawah Peraturan 49 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
“Kejayaan Ahli Parlimen Marang dalam mengemukakan usul persendirian tersebut semalam telah menimbulkan perasaan marah di kalangan pemimpin pembangkang terutama sekali Dap.
“Pemimpin Dap seperti Tony Pua misalnya, membuat pelbagai tuduhan dan cemuhan bukan sahaja kepada Presiden Pas tetapi juga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Rakyat khususnya yang beragama Islam seharusnya menilai sendiri sikap sombong dan biadap Ahli Parlimen PJ Utara itu sebagai cerminan keseluruhan kepimpinan Dap yang mana bukan sahaja sanggup merendah-rendahkan pemimpin Islam malah mencampuri urusan agama Islam walaupun ianya langsung tidak melibatkan orang-orang bukan Islam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa.
Tambahnya, percayalah bahawa pemimpin-pemimpin Dap seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tony Pua tidak akan duduk dengan tenang selagi masih ada pemimpin-pemimpin Melayu Islam negara ini yang tidak mahu bersekongkol dengan mereka sebagaimanai pemimpin PAN, PKR dan PPBM.
Tegas beliau lagi pemimpin-pemimpin Melayu yang bersama-sama Dap menolak RUU355 seharusnya sedar bahawa mereka hanya diperkudakan oleh Dap sehingga sanggup menentang usaha memartabatkan agama Islam di negara sendiri.
“Apa yang sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu ini ingin buktikan serta tunjukkan kepada rakyat?
“Rakyat perlu buka mata dan sedar agenda politik pembangkang yang diketuai Dap ini, seharusnya rakyat terutamanya orang Melayu bersatu hati menolak parti-parti yang bersekongkol dengan Dap dalam PRU14 akan datang.
“Selagi masih wujud pemimpin pembangkang seperti Tony Pua di dalam Parlimen selagi itulah apa juga perkara yang melibatkan agama Islam dan bangsa Melayu akan terus mereka campuri. Bayangkan jika Dap yang memerintah, apa akan jadi dengan orang Melayu dan agama Islam?,” ujarnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment