Jangan Leka, Waspada Ke Arah ‘Peperangan’ Sebenar



KUALA LUMPUR - Jangan leka dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini jentera parti harus berwaspada dan menginsafi bahawa ianya langkah kecil ke arah ‘peperangan’ yang sebenarnya.

Itulah ingatan dari Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan  bahawa kemenangan ini adalah satu kepercayaan rakyat Dun Chini… tetapi sama ada ianya mencerminkan kawasan lain dalam negara sama ada ini kemenangan PRK yang boleh diteruskan pada Pilihan Raya Umum (PRU)… itu persoalan yang bukan boleh diperkatakan sekarang.

“Sebab apa kita tidak mahu mengulangi perasaan atau rasa terlalu yakin yang pernah kita buat sebelum PRU-14 dengan kemenangan PRK dengan bergaya dan sebagainya tetapi tidak diterjemahkan pada PRU.

“Jadi hari ini saya ambil nada lebih bersyukur dan terima kasih kepada jentera dan rakyat Chini tetapi ini bukan menjadi satu isyarat automatik bahawa kita akan menang besar esok. Jangan kita ambil pendirian sebegitu,” katanya.

BN mempertahankan kerusinya dengan menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan majoriti sebanyak 12,650 undi.

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain memperolehi undi sebanyak 13,872 undi dan calon Bebas yang menggunakan logo rumah, Datuk Tengku Zainol Hisham Tengku Hussin mendapat 1,222 undi.

Manakala seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli yang menggunakan lambang kunci, hilang wang deposit apabila hanya mampu meraih 137 undi.

Peratus keluar mengundi adalah sebanyak 74 peratus.

Shahril turut melihat penyelarasan yang cukup baik pelbagai peringkat parti sepanjang kempen berlangsung sehingga ke hari pembuangan undi.

“Kepada jentera saya amat berterima kasih. Saya kira penyelasan antara pusat dan negeri dan bahagian cukup tersusun dan segala isu serta tohmahan yang dilontarkan terhadap kita berjaya kita terangkan dan kita tepis.

“Alhamdulillah semua ini boleh berlaku jika digemblengkan tenaga jentera dari setiap peringkat. Jadi saya rasa ucapan terima kasih kepada jentera dan kepada pengundi terima kasih kerana memilih Mohd Sharim Md Zain,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    7:10 PM

    PLEASE ALL MCA MEMBERS FAR FROM YIP KUM FOOK!

    请远离马华党员 叶金福!


    敬爱的马华公会中央领导層,

    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.


    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

  2. Anonymous
    8:55 AM

    Myanmar devotees say about the committee members of SAMNAK SAMBODHI (YIP KUM FOOK as president) are very stupid and have no Buddhist teachings at all, because they do not know how to manage the Temple

    The temple committee is waiting for donations from the devotees only, they don't know anything, the Myanmar devotees also said and were very sad when it happened like in a Buddhist temple, added that we monks lived there like cows because last time we were a monk (VEN. U NANDIYA) living there, the president YIP KUM FOOK took his donation of about RM20,000.00

    Myanmar devotees said about the committees in front of our monks, looked like a kind person and they were some very good committees but behind the ghost idea, we monks were very scared but we monks came to Malaysia for training only, our monks don’t care what the committees did.

    We are Malaysians and we know about YIP KUM FOOK well because this YIP KUM FOOK is a big ghost in Malaysia, this YIP KUM FOOK can do everything to get money, he is not shy and does not listen to people’s gossip, but one day he will taste what he ate

    If anyone likes to know and understand about YIP KUM FOOK, please go research on GOOGLE, thank you very much

    Sharing by Ong, Kuala Lumpur

Post a Comment