Pemuda BN Sedia Hadapi Pilihan Raya

Program "Pade Doh, Pakat Kelik Ngundi" yang dilancarkan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk menyeru penduduk Kelantan yang tinggal di luar negeri itu pulang mengundi pada pilihan raya umum ini, mendapat sambutan yang menggalakkan.

Setiausaha Kerja Pemuda BN Mohd Shahriza Amir Shariffuddin berkata selepas tiga hari beroperasi, Bilik Gerakan Pemuda BN menerima kira-kira 600 panggilan telefon daripada penduduk Kelantan yang ingin pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

"Jumlah itu mungkin meningkat sehingga 20,000 orang menjelang pilihan raya umum 8 Mac nanti," katanya kepada pemberita sebelum majlis pemasangan kain rentang besar "Pemuda BN Sedia Gempur" di kawasan tempat letak kereta orang kenamaan Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Pemasangan kain rentang bersaiz 60 meter x 30 meter adalah yang terbesar dan pertama kali di pasang sempena pilihan raya umum.Shahriza berkata Pemuda BN akan membantu menyedia pengangkutan kepada pengundi yang ingin pulang ke Kelantan.Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kira-kira 100,000 penduduk Kelantan yang layak mengundi berada di Lembah Klang dan 50 peratus daripada mereka adalah anggota Pemuda BN.

Program "Pade Doh, Pakat Kelik Ngundi (Cukuplah, Pakat Balik Mengundi)" bermatlamat untuk mendesak pengundi menamatkan era kepimpinan PAS selama 18 tahun di Kelantan, pada pilihan raya umum kali ini.Ketika melancarkan program itu, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata ia mempunyai dua strategi; pertama untuk menggerakkan generasi muda dari Kelantan untuk pulang mengundi di negeri mereka dan yang kedua, untuk mengakhiri tempoh kerajaan pembangkang di sana ~ Bernama
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment