AZAM MUKHRIZ

Jika dipilih sebagai Ketua Pemuda Disember ini, Datuk Mukhriz Mahathir berazam untuk menggerakkan usaha menawan semula lima negeri yang diperintah oleh parti pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Tahniahlah Dato‘. Kalau itulah azam Dato’ sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda, Dato‘ layak dicalonkan sebagai salah seorang calon untuk bertanding jawatan tersebut. Sesungguhnya azam yang Dato’ katakan ini, merupakan satu tugas dan tanggungjawab besar, namun saya yakin, tidak kira siapa pun Ketua Pemuda, tanggungjawab untuk mengerakkan usaha tawan semula lima negeri tersebut, harus dilihat sebagai agenda utama dalam perjuangan Pemuda.

Kita harus sedar, tanggungjawab untuk merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan parti pembangkang itu merupakan cabaran terbesar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Oleh itu, sesiapa juga yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ini harus bersedia untuk memikul tanggungjawab dan cabaran besar ini”, ujarnya ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum UMNO Pasca Pilihan Raya: Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites, Johor Bahru, semalam.

Mukhriz berkata, negeri yang ditawan parti pembangkang itu boleh ditawan semula sekiranya semua ahli UMNO bersatu padu dan bersama-sama memperjuangkan matlamat parti bagi menebus semula maruah agama, bangsa dan negara.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu, pakatan pembangkang terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. BN juga tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain gagal merampas kembali Kelantan daripada Pas.

Mukhriz berkata, bagi memastikan UMNO sentiasa relevan, pemimpin harus bijak menyelesaikan masalah rakyat dan meyakinkan mereka dengan dasar-dasar yang diterapkan. Ini semua mampu kita laksanakan jika kepentingan rakyat menjadi keutamaan dan bukan kepentingan peribadi, keluarga, saudara mara mahupun rakan-rakan. Untuk menebus semula maruah bangsa, kita tidak harus mengamalkan sifat takut atau tidak berterus terang kerana itu semua tidak memberi kebaikan kepada parti.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Saya bukan ahli politik, tetapi saya membaca sifir politik melalui pemerhatian serta pengamatan tindak-laku dan sandiwara para pelakonnya. Pelakon sandiwara politik adalah mereka yang menjadikan lapangan politik sebagai sumber pendapatannya.

    Slogan dan retorik yang beraneka adalah skrip sandiwara kutu-kutu politik ini. Samada kutu-kutu ini mementaskan sandiwara politik mereka di peringkat nasional, negeri, daerah atau desa, matlamat dasar mereka adalah meraih perhatian, simpati dan sokongan rakyat demi meliliti mereka dengan kekuasaan yang lumrahnya berakhir dengan matlamat sebenar mereka – menggunungkan harta kekayaan dan wang ringgit.

    Sejarah banyak membuktikan, terlalu banyak mereka yang telah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru atau pengetua atau pegawai PTD yang hanya mampu memiliki sebuah rumah kediaman yang sederhana dan hanya termampu memiliki kereta paling hebatpun mungkin Proton Perdana atau Honda Accord 2.0 atau Volvo secondhand.

    Manusia yang sama apabila terpilih sebagai wakil rakyat samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat dalam jangka masa 4 atau 5 tahun telah berubah menjadi jutawan dengan hartanah, kereta dan perniagaan yang berbagai dalam nilai jutaan dan mungkin puluhan juta ringgit.


    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Post a Comment