DATO’ MUKHRIZ KEKAL SETIA BERSAMA UMNO

Dato’ Mukhriz akan tetap setia bersama UMNO, akan tetap menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Jerlun walaupun ayahnya, Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan untuk keluar UMNO sehinggalah Pak Lah meletakkan jawatan sebagai PM, Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Dato’ Mukhriz yakin, faham dan bersetuju dengan tindakan ayahnya, malah yakin tindakan Tun M membuat keputusan tersebut kerana sayangnya Tun M terhadap UMNO.

Walaupun menyatakan untuk kekal sebagai ahli UMNO, dan mengekalkan jawatan dalam UMNO dan sebagai Ahli Parlimen Jerlun, namun dia akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti.

“seterusnya, saya dan rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PM, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BN DENGAN SEGERA,” ujarnya ketika sidang media di sebuah hotel terkemuka di KL.

Beliau juga mendesak agar Majlis tertinggi UMNO membuka ruang seluas-luasnya segala ruang demokrasi parti yang termaktub di dalam perlembagaan parti yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kouta, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment