EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau tetap dengan pendiriannya kekal sebagai ahli UMNO dan akan berusaha melakukan perubahan dari dalam parti itu. Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, walaupun berhadapan dengan tekanan, keadaan itu tidak akan mengubah prinsipnya yang mahu berjuang 'menyelamatkan' UMNO daripada terus lemah.
"Saya dimaklumkan ramai juga (ahli UMNO) yang telah keluar parti mengikut langkah ayah saya. Saya bersama mereka dari segi objektif, tetapi kerana saya berjawatan dalam parti, mungkin lebih sesuai bagi diri saya sendiri untuk kekal dalam parti dan membuat perubahan dari dalam," katanya.
Mukhriz berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis perjumpaan dan mesyuarat tertutup bagi menjelaskan pendiriannya dengan Pemuda UMNO Pahang, di Kuantan.
Mukhriz berkata, siri penerangan beliau ke negeri-negeri termasuk Pahang bukan untuk meraih sokongan, tetapi bagi menjelaskan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Ditanya persediaannya untuk bertanding menjelang pemilihan UMNO nanti, Mukhriz berkata, walaupun belum mengumumkan secara rasmi jawatan yang akan ditandingi, namun tumpuannya sekarang ialah jawatan Ketua Pemuda UMNO.

0 Komen