Pendirian berbeza antara Penolong Bendahari Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir dan adiknya, Datuk Mukhriz yang juga Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun menggambarkan UMNO adalah parti terbuka yang membolehkan ahlinya membuat keputusan sama ada untuk berada dalam atau keluar parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata yang terbaik adalah keputusan yang memperkuat dan memperkukuh parti, bukan melemahkan parti.
Adalah baik masalah dalam parti dapat diselesaikan secara musyawarah dan dalam semangat perbincangan... kita kena bijak untuk mengatasi masalah itu. Parti yang kuat akan membantu memperkuatkan orang Melayu, UMNO kena sentiasa kuat supaya orang Melayu terus kuat.
Banyak lagi yang perlu kita lakukan memenuhi agenda Melayu termasuk dalam bidang ekonomi dan sosial. Oleh itu lebih elok kalau setiap ahli berusaha memberi sumbangan tenaga untuk mengatasi kelemahan parti.

10:43 AM
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin 99.9 peratus ahli UMNO akan terus kekal bersama parti itu kerana percaya dengan perjuangan parti untuk memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.
Beliau berkata, walaupun akan ada segelintir ahli UMNO yang akan keluar parti mengikut langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, kebanyakan mereka masih setia untuk bersama dan berjuang dalam UMNO.
Kita ada tugas, perjuangan kita belum selesai. Jika kita keluar UMNO kerana marah dan benci, siapa yang akan perjuangkan Melayu?
Habislah Melayu kalau semua keluar UMNO-