KEMELUT POLITIK PEMUDA MIC

VIGNES letak jawatan & keluar MIC.....

Berkuatkuasa serta merta Ketua Pemuda MIC mengumumkan perletakan jawatan dan keluar dari parti itu. Alasan keluar dari parti yang disertai beliau sejak 25 tahun lalu kerana kecewa dengan Presiden Parti, Daruk Seri S. Samy Vellu.

Komen S.A Vigneswaran: “ I’m living MIC now to show that there is life without MIC laa, you can do a lot of things and you don’t have to worry wheather tou are members of MIC or not. Especially I am laa… the way Presiden MIC ask CWC to make decision. I’m not open anything yet but I’m challenge Presiden to take me to court… there is no articles in constitiution”

Dalam sidang media siang tadi Vigneswaran mendakwa Datuk Seri Samy Vellu berkata semua pemimipin Ahli Pemuda MIC berumur atas 41 tahun perlu meletak jawatan. Tetapi dalam Perlembagaan parti ianya tidak dinyatakan dengan jelas. Sebab itu kata Vigneswaran semua pemimpin MIC sebelum ini semuanya berumur 41 tahun ke atas.

Vigneswaran juga berkata Pemuda MIC juga sukar menjalankan aktivitinya kerana sumber kewangan yang terhad yang diperuntukkan oleh parti. Namun yang dipersoalkan cara beliau diminta meletakkan jawatan.


Apa kata Hisham?.....

Perkembangan hari ini dalam MIC yang membawa perletakan jawatan beberapa pemimpin Pemuda kini menuntut perhatian semua peringkat kepimpinan, khususnya berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke12.

“Saya sedar yang saya tidak boleh mencampuri hal ehwal parti kompenan lain, tetapi sebagai Pengerusi Pemuda BN, saya bertanggungjawab terhadap rakan-rakan ahli Pemuda. Saya berasa simpati dengan kesukaran yang dialami rakan Pemuda saya dalam MIC dan amat priharin dengan kedudukan mereka sekarang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, saya telah membuat post mortem dan satu dari kesimpulannya adalah BN tidak dapat sokongan penuh generasi muda.

Justeru, perletakan jawatan ahli Pemuda BN sangatlah SERIUS BAGI kepimpinan Pemuda BN. Adalah menjadi kewajipan bagi saya sebagai Pengerusi Pemuda BN untuk mendengar rintihan mereka dan membantu mereka ke arah langkah seterusnya.

“Saya memberi jaminan bahawa ahli-ahli Pemuda ini akan mendapat tempat di dalam BN di mana tempat dan bagaimana cara melaksanakannya akan banyak bergantung kepada Kedah MIC dapat menyelesaikannya dengan penuh berhemah dan bijaksana”.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment