Kerajaan meluluskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang baru selepas 10 tahun menanti. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesahkan mengenai perkara itu berkata, kerajaan telah membuat keputusan meluluskan permohonan PSM, baru-baru ini. PSM kini boleh bergerak sebagai sebuah parti politik.
Kelewatan kelulusan permohonan PSM sebelum ini, adalah disebabkan beberapa perkara berkaitan penubuhan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan yang tidak dipenuhi. Setelah meneliti sepenuhnya permohonan itu dan memastikan segala peraturan dipatuhi, barulah kelulusan diberikan kepada PSM.
Syed Hamid berkata, permohonan PSM ditolak sebelum ini kerana parti itu tidak menyenaraikan wakil daripada sekurang-kurangnya tujuh negeri dalam Persekutuan untuk membolehkan pendaftaran dibuat di peringkat nasional. Beliau menegaskan persoalan cepat atau lambat kelulusan itu adalah berdasarkan kepada pertimbangan keperluan undang-undang.
Menurut beliau, mana-mana pihak yang berhasrat menubuhkan parti politik mesti mematuhi peraturan atau undang-undang sedia ada. PSM pernah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan sebuah parti politik tetapi hanya dibenarkan untuk aktif di Selangor pada 30 April 1998.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penaja PSM, Dr. Mohamed Nasir Hashim memfailkan satu permohonan bagi kajian semula kehakiman bagi membatalkan keputusan kerajaan itu. Permohonan itu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Januari 2003 dan pada 16 Ogos 2006, Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan yang dikemukakan.
Pada 23 April 2007, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memberi kebenaran kepada PSM untuk membuat rayuan terhadap keputusan yang tidak membenarkannya menubuhkan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan.
Pandangan Gua: Dr Nasir pun dah menang kerusi ADUN Kota Damansara dalam PRU-12 baru-baru ini atas tiket PKR. Oleh yang demikian, pada pandangan aku, PSM bergabung sahajalah dengan PKR kerana jika PSM bergerak sendirian, aku yakin mereka tidak akan mendapat tempat dalam masyakat politik Malaysia.
Lihat sahaja contoh Parti Rakyat Malaysia yang gagah perkasa dengan logo berkepala Kerbau…. Akhirnya terpaksa menerika hakikat bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima mereka dan kemudiannya terpaksa bergabung dengan PKR demi meneruskan kesinambungan perjuangannya.
Aku yakin, PSM juga akan mendapat masalah yang sama, yang akhirnya juga terpaksa bergabung dengan PKR demi survivalnya. Malah, Dr Nasir kalau letak jawatan Kerusi Kota Damansara dan bertanding semula atas tiket PSM, beliau akan kalah teruk malah boleh hilang wang deposit. Kalau tak percaya, cubalah…..