MALAS NAK FIKIR BANYAK..... AKU YANG SEDAR?

Aku tak tahu .... apa yang harus aku lakukan sekarang. Melihat senario politik negara sejak akhir-akhir ini, aku keraguan dan aku berada dalam penafian.... apa yang harus ku buat.

Diamkan diri, terus berjuang atau tarik hand brake? Akukah yang bodoh sebab memilih jalan perjuangan ini. Atau aku hanya dijadikan permainan politik.... ? Aku keliru.

Apa yang pasti, perjuanganku bersama GPMS tidak akan pudar, akan terus bersemarak selagi darah mengalir dalam tubuh, selagi wujud perjuangan 4 SEDAR yang sering aku perkatakan, sering aku luahkan dan sering aku canang-canangkan.

Namun jika 4 SEDAR sudah tiada dalam perjuangan GPMS, haruslah aku terus berjuang bersama atau sekali lagi hand brake terpaksa di tarik?

Biarlah persoalan-persoalan ini bermain dalam benakku. Sesuangguhnya, tanpa UMNO dan tanpa GPMS dalam diriku, walaupun ia akan memberi kesan yang mendalam.... namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya, aku mempunyai keluarga bahagia.

Hari ini AKU SEDAR..... Biarlah hilang perjuangan Melayu dalam diriku asalkan perjuangan keluarga tetap menjadi tanggungjawab besar dalam diriku.....
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.