Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut ingin melahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan tindakan pihak-pihak tertentu memberikan publisiti besar-besaran serta layanan karpet merah ke atas kemasukan semula Mohamad Ezam Mohd. Nor dan beberapa lagi bekas pemimpin PKR yang lain.
“Kita berasa jelik melihat mereka diberi layanan sebegitu. Masih terbayang peristiwa Reformasi pada tahun 1999 yang telah menimbulkan suasana huru hara dan tidak tenteram di dalam Wilayah Persekutuan khususnya dan merosakkan nama negara secara amnya. Mereka inilah yang menjadi ‘master mind’ kepada gerakan tersebut”, kata Hj Kamarudin bin. Hj Hassan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut.
“Pemuda Segambut dan Pemuda di Bahagian-Bahagian di Wilayah Persekutuan terpaksa berhadapan dengan situasi yang memeritkan ini. Ada di kalangan kami yang menyertai PKR dan kami terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan golongan muda untuk bersama-sama di dalam perjuangan UMNO. Mereka dengan mudah meninggalkan parti, kami juga yang terus kekal membina semula parti keramat ini”.
‘Ezam tidak layak bercakap soal pembaharuan atau perubahan. Kepimpinan tertinggi UMNO sudah lama bertukar, mengapa hari ini baru mahu masuk UMNO?. Beliau telah lama menghina dan mencerca UMNO semasa berada di luar parti. Apalah sangat jasa beliau kepada UMNO sebelum ini.Tiada istimewanya beliau untuk diberi layanan sebegitu rupa”.
Kami di Pergerakan Pemuda baik di Cawangan, Bahagian mahupun di peringkat nasional tidak ketandusan pemimpin dan idea. Masih ramai lagi Pemimpin Pemuda yang berkebolehan yang jauh lebih daripada Sdr Ezam.
Jesteru Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut ingin mendesak supaya Majlis Tertinggi UMNO menapis dahulu kemasukkan Ezam dan rakan-rakannya ke dalam UMNO. Kami juga ingin mencadangkan beberapa perkara kepada MT iaitu:
1) Meminta Saudara Ezam dan rakan-rakanya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia di atas tindak-tanduk mereka semasa mendalangi Reformasi 1999 .
2) Meminta mereka untuk menandatangani satu surat akujanji yang mewajibkan mereka untuk patuh dengan segala peraturan parti dan keahlian mereka boleh secara automatik terbatal sekiranya melanggari peratura-peraturan tersebut.
3) Memberi tempoh percubaan sebelum keahlian mereka diterima semula.
Pemuda UMNO Segambut merasakan bahawa apa yang lebih penting hari ini ialah untuk terus memantapkan kekuatan parti dan menumpukan segala usaha bagi menawan kembali negeri-negeri yang kalah di dalam pilihanraya baru- baru ini. Isu Ezam hanyalah satu ‘diversion’ dari soal-soal pokok di dalam UMNO. Ada atau tidak Ezam di dalam UMNO, tidak langsung mendatangkan apa-apa untung atau rugi kepada parti.
3:54 PM
la kampung sendiri pun tergadai nak wat camne
contoh besar kg benteng tergadai angkara orang umno gak
sapa yang kaya kunco2 dan kroni
so kita tunggulah apa nak jadi plak
kg benteng dah tak boleh dibentengkan lagi so apa citer dbkl? inilah dia orang kata salah guna kuasa yang semakin berleluasa dalam negara kita niiii