Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO: AZEEZ GANTI SUBAHAN

Mesyuarat Majlis Tertinggi semalam telah membincangkan mengenai pelan tindakan UMNO pasca Pilihan Raya Umum 12.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, perbincangan dan keputusan Majlis Tertinggi UMNO didapati selari dengan langkah-langkah yang Pemuda UMNO telah buat, seperti penubuhan Sekretariat Tetap dan lima Sekretariat Khas.

”Saya amat berpuashati dengan perkembangan semua sekretariat-sekretariat khas pemuda. Bagaimanapun, Pergerakan Pemuda telah membuat sedikit rombakan di mana Pengerusi Sekretariat pembelaan Masyarakat yang sebelum ini dipengerusikan YB Dato’ Subahan Kamal akan digantikan oleh Datuk Azeez Rahim kerana YB Dato’ Subahan Kamal telah memaklumkan beliau terlalu sibuk dengan tugas-tugas DUN, Biro Pembelaan Masyakat dan sebagai Pengerusi Pelancongan Malaysia negeri Selangor.

Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Azeez untuk memberi tumpuan kepada ahli-ahli Pemuda terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai oleh kerajaan pembangkang, dengan mendapatkan maklum balas serta sebarang pengaduan berhubung kait masalah serta isu yang dihadapi mereka dalam berdepan dengan kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tumpuan kedua ialah untuk menerima aduan daripada kesan kenaikan harga minyak dari kalangan mereka yang benar-benar terjejas dan amat memerlukan bantuan, khususnya untuk tujuan pendidikan.

Langkah segera ini adalah satu usaha Pergerakan Pemuda UMNO bagi membantu kerajaan mengenal pasti kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukan pembelaan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment