Ahli Parlimen mahu kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi bumiputera dikekalkan seperti dulu manakala bagi bukan bumiputera perlu dibuat melalui peruntukan baru. Penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak akan menurunkan kuota biasiswa kurang daripada 50 peratus tidak dapat diterima kerana mereka berpendapat hak keistimewaan bumiputera perlu dipertahankan melalui Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Nazri juga menjelaskan pada masa ini kuota biasiswa JPA yang ditetapkan oleh kerajaan ialah 55 peratus untuk bumiputera dan 45 peratus bukan bumiputera.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menegaskan, hak biasiswa orang Melayu walaupun diterjemah kepada apa sahaja bentuk tetap milik orang Melayu. Katanya, beliau tidak kisah kerajaan hendak menolong kaum lain tetapi hak orang Melayu tetap hak mereka seperti terkandung di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipertahankan.
"Saya tidak dapat menerima penjelasan menteri. Apa yang saya tahu perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, maka ia perlu dipertahankan serta dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah penggulungan Nazri terhadap Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan Pertama 2008 pada peringkat jawatankuasa hari ini.
JPA di dalam rang undang-undang ini menerima peruntukan tambahan RM91 juta bagi membiayai Program Penajaan Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang memperoleh keputusan cemerlang 9A dan ke atas.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak) pula memberitahu, kerajaan selalu menegaskan tidak mahu menjadi popular tetapi dalam soal pemberian biasiswa ini didapati polisinya ialah untuk menjadi popular. Sehubungan itu, Tajuddin menegaskan, beliau tidak mahu menyokong dasar kerajaan yang tidak mempertahankan dasar bumiputera.
"Jangan kita kompromi dalam soal pemberian biasiswa kepada pelajar bumiputera, saya sanggup keluar daripada BN sekiranya perkara ini dilaksanakan," katanya.
0 Komen