Mukhriz Sokong Hisham
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir bersetuju dengan pendirian Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini.Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, hak ahli untuk memilih siapa yang patut dicalonkan untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam parti perlu dihormati.
"Semua pemimpin yang memegang jawatan sekarang telah dipilih oleh ahli pada pemilihan UMNO 2004 dan bakal mengakhiri tugas mereka penghujung tahun ini. Pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan mengganggu proses peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mukhriz, peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib serta pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah dua perkara yang berlainan.
"Peralihan kuasa hanya berlaku dua tahun selepas proses pemilihan UMNO dan adalah tidak wajar jika dua jawatan tertinggi di dalam UMNO tidak dipertandingkan. Suara ahli UMNO yang seramai 3.5 juta perlu didengar oleh semua pihak kerana ini penting bagi memastikan UMNO terus dihormati rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan akan berlaku perpecahan di dalam UMNO jika kedua-dua jawatan itu dipertandingkan.
Mukhriz memberitahu, Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa ahli-ahli UMNO telah berpecah sehingga menyebabkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ke tangan pembangkang.
"Bagi memulihkan parti, pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu diadakan. Hanya dengan ini ahli boleh memilih siapa yang mereka mahu untuk menjadi pemimpin mereka," katanya.
HISHAMMUDDIN ULANGI PENDIRIAN- Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden boleh dipertandingkan.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengulangi pendiriannya bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti boleh dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti. Tidak ada mana-mana pihak sekalipun boleh menghalang pihak lain daripada bertanding sebarang jawatan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti.
''Perlembagaan parti membenarkan jawatan itu dipertandingkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan beberapa pihak supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan walaupun selepas proses peralihan kuasa dalam parti itu dimuktamadkan.
Bagaimanapun katanya, pada masa sama UMNO perlu mempertahankan proses sedia ada kerana ia akan menentukan kelangsungan sesebuah institusi.

0 Komen