SINGAPURA BELAKANGKAN SEMANGAT DUA NEGARA BERJIRAN

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) membidas kenyataan Menteri Kanan Singapura, Balaji Sadasivan yang menuntut perairan wilayah 12 batu nautika dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Pulau Batu Putih.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataan Balaji itu dianggap sebagai membelakangkan semangat dua buah negara berjiran serta menafikan semangat kesatuan dalam ASEAN.

Kenyataan tersebut juga secara terang-terangan menunjukkan bahawa Singapura tidak menghormati hasrat keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mahukan kerjasama serantau dijadikan amalan dalam usaha membangunkan rantau ini.

Republik itu sebaliknya lebih menonjolkan keangkuhan mereka semata-mata malah tidak langsung menghormati Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura yang telah diwujudkan sebelum ICJ membuat keputusan berhubung kedudukan Batu Putih pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO menggesa kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Luar agar bertindak tegas dalam soal mengenai hak kedaulatan negara di perairan tersebut dalam segala urusan bagi menentukan sempadan yang sepatutnya, tanpa memberikan ruang langsung kepada Singapura mengambil kesempatan.

Pemuda UMNO juga mahu kepentingan nelayan kita dan tahap keselamatan di sekitar kawasan itu turut diambilkira sebagai keutamaan dalam persiapan semasa kita berhadapan dengan Singapura.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment