JANGAN BERMAIN DENGAN API- Amaran Pemuda UMNO kepada Majlis Peguam

Pergerakan Pemuda UMNO memberi amaran dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Majlis Peguam “bermain api perbalahan” dengan menganjurkan forum berkenaan sentimen agama Islam.

Jangan bermain api!

Jangan sesekali menyentuh sentimen agama dan perkauman!


Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Pirdaus Ismail berkata, mengapakah Majlis Peguam kini sering bermain api perbalahan seumpama menjadi alat dalang kuasa asing yang mahu negara ini huru-hara dan mereka yang sentiasa mengintai peluang mencampuri urusan dalaman negara? Sebelum ini Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial yang juga mula membarakan api kemarahan orang Melayu dan mencetuskan keraguan kaum lain.

Majlis Peguam sebagai badan golongan profesional dan terpelajar sewajarnya lebih berpandangan jauh dan tidak mudah termakan umpan mana-mana pihak yang mahu melihat Malaysia huru-hara dan runtuh. Sebagai golongan yang banyak mempelajari sejarah tanahair dan dunia, golongan ini sewajarnya lebih mencintai negara, patriotik dan sedar mengenai sebarang sentimen yang boleh membawa padah kepada kepentingan bersama.

Tiada gunanya mengadakan forum atas dasar intelektual, profesional atau kontroversi sedangkan kepentingan umum iaitu ketenteraman, keharmonian, keamanan dan kestabilan negara menjadi korbannya.

Walau di atas alasan apa sekali pun, forum itu memprovokasi kesabaran masyarakat Melayu dan mengundang keresahan serta ketidaktenteraman awam, khususnya orang Islam.

Tindakan Majlis Peguam sama sahaja pendekatan dan kesannya dengan usaha segelintir pihak yang suka mengganggu ketenteraman awam menerusi kenyataan sensitif, forum, penerbitan, laman web dan demontrasi jalanan. Hal ini menunjukkan anasir luar sudah menyusup masuk untuk menggugat kestabilan dan keamanan negara.

Justeru, Pemuda UMNO mendesak langkah-langkah pencegahan dilaksanakan oleh pihak berkuasa sebelum keadaan bertambah buruk dan menjadi parah.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment